Touch me!!!!??

9 January, 2013

Ribut di Johor

Assalamualaikum

Allahuakhbar..detik semalam dalam pukul 2 lebih adalah yang teramat bersejarah sepanjang hidup saya. Area rumah dilanda ribut. Dalam hanya berapa saat banyak kerosakkan berlaku.

Sebenarnya waktu tu saya lihat cuaca di luar sedikit berangin. Bila mr hb kata dah hujan di Pekan nenas saya bergegas angkat kain jemuran sebab keadaan langit dah gelap. Selesai syahmi mengaji di rumah jiran dia bergegas balik bersiap untuk sekolah agama.

Sempat saya nasihat baik2 waktu ribut jika terjumpa sebab ada kedengaran akan berlaku ribut. Sebaik syahmi dan rakan keluar menunggu bas di persimpangan jalan depan tiba-tiba angin makin kuat. Saya sempat terlihat tong sampah jiran seakan nak melayang (tong sampah kosong pastinya). Dan saya terus berlari masuk dalam rumah. Sampah seperti plastic, daun-daun kering dah berterbangan ke sana ke mari berserta pasir-pasir. Dapat saya lihat dengan jelas situasi itu.

Rasa macam nak jerit jek syahmi balik tapi tak mungkin sebab disertai hujan selebat-lebatnya lepas tu. Pintu rumah saya sendiri boleh seakan bergerak walaupun dah ditutup rapat. Yang saya pelik,DP electric punya penutup boleh terbuka sendiri padahal penutup tu ketat dan tak pasti pelusuk lubang mana angin tu masuk. Waktu saya cuba buka pintu rumah sebab nak membetulkan keadaan tunggang langgang luar tu memang bertambah berat. Langsung tak boleh saya nak lawan angin kuat tu. Sarah sampai kata ; "ibu selamat tak kita dalam ni?" Saya hanya mampu berdoa. Selamatkan anak-anak saya dan suami. Dan Ya Allah jadikanlah hujan ini hujan yg memberi manfaat bukan kerosakan.

Dalam kejadian beberapa minit tu, saya dengar ada kereta terhempap pokok. Ada cermin pecah dihempap tah mana datang kayu. Ada bumbung tercabut. Rumah penuh pasir dan sampah jangan cakap.

Syukur syahmi tak apa-apa cuma kena hujan sikit. Sempat dia berteduh di rumah orang sebelum bas sampai.

Bila Allah nak kasi AMARAN. Sekelip mata. Dijangka terkena pantai timur tapi Allah yg berkuasa. Area johor yg kena. Banyak tempat di johor yg turut kena tempias seperti di Pasir Gudang, Kulai, bandar JB sendiri.

Pokok tumbang pun banyak hingga menjejaskan lalu lintas.

Dengarnya keadaan itu berlarutan hingga Ahad. Semoga Allah lindungi kita hambaNYA. Banyakkan solat taubat mungkin Allah dah kasi amaran.

Published with Blogger-droid v2.0.10

8 comments:

Kakcik Nur said...

Bila Allah berkata 'jadi' maka jadilah ia...

Hana Soffelia said...

Syukur.. nasib baik akak and family selamat.

Nieza Ishak said...

Ya Allah ya tuhanku,

bila baca cerita2 macam ni, tak mustahil tuhan akan memberi peringatan dari segi lain pulak.

syukur Syahmi selamat kak ..

Kakzakie said...

Masa ribut tu Dee kakak berada di pejabat. Pokok-pokok bagaikan nak tumbang dan desiran angin terdengar kuat walau semua tingkap pejabat bertutup rapat. Sebaik hujan lebat baru angin reda. Balik sepanjang jalan kakak jumpa banyak dahan pokok rekah. Ini baru tempias Sunamo kan...

L said...

erm.. takut.. nauzubillah. masih berlum terlambat utk bertaubat. erm. risau..

Daddy Ziyyad said...

Betul tu..kalau Allah nak turunkan ujiannya, tanpa kita sangka sangka kan....walaupun kita heboh pasal ribut sonamu di Tganu/kelantan...tapi di johor yg kena..

Dee said...

terkejut gak dee..kena kt johor pulak ye...apapun dee doakan agar sis dan semua yang terlibat dengan ribut tu selamatlah hendaknya..dan sentiasa di bwh lindunganNya..amin..

Mak Wardah said...

Syukur sgt semua selamat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails