Assalamualaikum,
Saya selalu sakit mata bila melihat anak saya solat. Baru saya angkat muka ke arah lain dia dah silap solat. Adoiii sangat sakit hati tengok. Bila saya ingatkan. SOLAT TIANG agama bang..kalau main-main apalah sangat kekuatan tiang tu. Dia akan jawab "Abang solat betul-betul ibu. emmmm
Kadang-kadang saya suka buat camni. Bila dia solat (sendirian) saya akan bacakan sekali. Kadang-kadang dia marah dan batalkan solat sebab bacaan dia terganggu. Tapi saya nak mengajar dia bacaan yang betul. Memang dia still belum wajib solat tapi dari sekarang kalau diajar insyaallah anak-anak akan jadi patuh. Tak de kita depan mata pun akan solat kerana dia tahu solat itu WAJIB.
Jadi saya beli poster yang ada bacaan solat berserta makna. Selalu kami sekeluarga ingatkan diri masing-masing agar sering baca sampai hafaz berserta makna. Saya pun tak hafal lagi hehehehe. Tapi tak mustahil jika kita sering membaca akan terus tersemat di dada :)
.....................................
Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa ada sekali Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya.Pada masa itu ialah musim daun-daun gugur.Baginda ambil ranting sebatang pohon yg daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya,seraya Baginda s.a.w bersabda,"Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH,dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini".
Solat ini ada banyak kebaikan dan rahsianya. Antaranya, Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.
1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
7 comments:
Mungkin klu bt solat berjemaah, rasanya abang akan ok?
Saya tgh mencongak nie mcm ne la sy nak mengajar anak sy bersolat t...
Betul2...nak membentuk anak2 ni, kita yg kena byk bersabar. Suka tgk cara wardina membentuk anak nya bersolat...saya pun cuba utk mendidik mengikut caranya.
bagus info ni...kekadang main redah janji solat pun tak leh gak
puji sikap akak...
mmg kite kena alert dgn mereka kan apalagi hal agama ni..
tpi sya perasan mmg budak boboi skang solat laju semacam...amik wuduk pun sama...
bukan main pantas...huhuuu
lama2 ok la tu....perkara mudah...
SOLAT.. terkandung pelbagai hikmah.. nk solat mungkin tak susah.. tapi bab nak capai khusyuk tu.. huhu.. mengeluh sy tiap2 kali lepas solat.. susah btul bg kita..manusia biasa..nak khusyuk dlm solat..
:)
harap2..lepas ni..akk bleh la update ttg mcm mana nk khusyuk plak ek?? :)
tq sirdi baru tau huhu
Post a Comment