Touch me!!!!??

12 January, 2012

Misteri budak baju putih.

Salam, 


Maaf saya tak dapat nak berBW. Ada blog yang sempat saya singgah saya komen. Ada yang sekadar baca jek tru hp. tapi  apalah sangat hp vintage sisdee. Kadang-kadang tengah baca pun leh off the internet tu sendiri hahahahaha.


Okay actually busy sejak dua menjak ni dengan Sarah. Dia Dah le baru start skool and dia tak nangis adalah sesuatu yang sangat BAGUS untuk perkembangan dia. Yelah dah sah-sah dia tu dijaga oleh ibunya sendiri. Bila nak start bergaul dengan orang mesti pelik. Nak kena naik van sendiri tanpa ibukan. Memang kita pun paham. Kita pun kadang-kadang ada masa jadi penakut apatah lagi kanak-kanak. So sebab dia happy kat skool saya pun happy. Tapi minggu ni memang lain sikit. Dia tak happy. Dia dah start nak berhenti sekolah. Saya tanya dia kenapa. Dia kata dia tak happy. Risaunya saya. Saya takut mungkin kawan-kawannya buli or cikgu termarah dia ke tapi dia kata bukan pasal skool. Tapi sebab ada budak baju putih tu. 


Errr...saya ingatkan budak baju putih tu kat sekolah, sebab sangat pelik semua kanak-kanak kena pakai uniform napa lak ada budak pakai baju putih? Nak sedapkan hati saya pikir mungkin budak tu pakai sweater di luar. Okay fine saya pun tanya apa budak baju putih tu buat. Dia kata budak tu tak buat apa just tengok jek sarah. So saya diamkan le. Then hari rabu start Sarah merengek lagi. Sedangkan semalam waktu balik skool dia okay jek walaupun dia dah start citer pasal budak tu. Sarah merengek cakap budak tu tengok sarah tiap pagi. Saya tanya kat skool ke? Dia kata bukan..budak baju putih tu dalam van. Duduk belakang aunty van. Oh baru saya tahu budak baju putih tu ada dalam van. Jadi saya pujuk dia dan cakap akan marah budak baju putih tu kalau naik van nanti. So today mula-mula dia merengek nak saya hantar. Dan saya pun dah okay akan hantar dia. Tapi tiba-tiba dia nak naik van gak (mungkin seronok naik van cuma gangguan buat dia tak selesa). Bila van sampai dia start tarik-tarik baju saya dan cakap nak berhenti skool tapi saya buat tak dengar dan buat-buat citer lain. Sampai jek saya buka pintu van dan sorang-sorang budak saya tengok. Errr tak de lak budak pakai baju putih T______T


Saya akan tunggu apa citer sarah balik nanti. 


Ngeri tak? Bila kita cakap pasal budak kita mesti rasa kanak-kanak ni kadang-kadang ada imaginary friend kan. Tapi kalau part-part camni saya nak kata imaginary friend ke apa ek. Sebab boleh mengganggu emosi dia kalau dibiarkan. Dia tak macam Sarah sebelum nie. Sarah dulu memang happy go lucky. Tapi nie macam tak happy jek. Kalau ditanya balik-balik kata tak tau. Dengan abang dia pun mudah marah-marah. 


Saya tulis benda nie kat status fb saya dan saya tahu ada "sesuatu" jadi saya kena banyak gunakan psikologi. Mencabar betul. Saya ajar juga Sarah bacaan-bacaan ayat suci yang agak-agak dia biasa dengar. Saya kata kalau nampak budak baju putih tu cepat-cepat baca bismillah..


Semoga dijauhkan benda-benda yang tak baik dalam keluarga kami. Jika makin berlarutan mungkin saya perlu jumpa ustaz yang pandai bab-bab  nie.


AMIN!!




p/s : kesian wardina dan family. Tapi yang penting family dia selamat.

7 comments:

diana said...

betul2 misteri ni..
tak tanya driver van tu???
tak pun suruh orang lain je hantar sarah.

nurHeart said...

discover lg cepat lg bagus, sian anak dlm ketakutan everyday, her behaviour pun dah nmpak berubah..

or maybe leh bacakan ayat kursi pd dia sblum naik van tiap pg, so that she'll be calm, atleast..

fiza said...

Misteri nusantara betul ni kak...seram plak saya baca. KEsian sarah. Smoga perkara ni cpt2 dpt di selesaikan.

Daddy Ziyyad said...

kata orang, budak kecil boleh nampak roh

Kakzakie said...

Pada kakak ini bukan khayalan Dee... kena buat sesuatu kerana Jin/syaitan dah dinyatakan dlm al-quran memang ada....

MommyCT said...

isk takut jugak kan kot terbukak hijab sarah kan.

eyndayusoff said...

Kena check takut hijab mata dia masih terbuka... atau terbuka tiba2...isskkk... kena tanya orang yg arif ni...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails