Touch me!!!!??

19 January, 2012

Macam mana nak layan orang yang DIA jek terbaekkkk???

Assalamualaikum..


Ha tu dia sekali datang idea mencurah-curah walaupun line cam hampeh hehehehe. Tetap gak nak menaip kat sini  nak penuhkan entry nie :p


Saya rasa ramai antara kita mesti pernah jumpa orang yang balik-balik dia jek yang terbaik. Dia punya body paling cantik, dia punya makanan paling lazat, kenduri dia paling ramai orang datang, dia punya rumah paling bersih, dia punya baju paling mahal dan sebagainya. Actually paling tak larat sebenarnya nak layan orang macam ni. Balik-balik dia. 


Saya kadang-kadang suka cari helah nak lari dari orang macam nie. Terbaru, towel dia beli paling lembut. Pinggan dia beli lagi berkilat. Baju ditempah paling menarik perhatian. Alahai...bila masa dia nak merendah diri memang tak jumpa. Kalau jumpa pun time dia "down" kot.


Saya pun bukan dari kalangan orang yang baik sangat. Sering doakan dia nie berubah agar kita pun tak sakit hati. Letih sebenarnya sebab dia memang seakan nak sangat suruh kita buat dosa :( (terngumpat ke kan) hehehehehe...


Saya harap saya terus kuat hadap orang camni :p Doakan saya ek :)


p/s : teringat drama nabil berlakon tak silap tajuk dia semuanya GRED A? ntah lupa hahahahaha

4 comments:

Daddylicious said...

kita layan sahaja sehingga dia penat...pasti satu hari nanti dia penat...:)

simply nana said...

jangan sampai kita terpengaruh juga sudah. Mak saya selalu berpesan bila berjumpa dgn org yg mcm ni, kita jgn nak membangkang malah mengiakan jea....hik3.sebenarnya malas nk melayan

mamaNoriz said...

hahaha...mmg sengal cite nabil tu..

last2 dia sndiri terkena...

tpi tak tahan dgr bab tuala paling lembut...
aduyaiii...
itu mcm punya org pun ada ka????

Ayl Aziz said...

Assalamualaikum, tumpang lalu..

Org macam ni saya pun xtahan. Kita tak tanya pun dia sibuk bgtau. Bila org lebih dari dia, dia dengki tak sudah. Mula la dia kata kita ni yg menunjuk.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails