Saya memang banyak bersabar dengan karenah broadband nie sejak akhir-akhir nie. Dengan PC
Okay memang selalu camtu. Suka melalut yang bukan-bukan dulu baru pergi kat tajuk. Saya 2, 3 hari nie rasa excited bila buka-buka FB ada di antara saudara mara yang saya pun tak kenal telah membuka satu PAGE khas untuk keturunan kami. Oh sungguh excited. Sebab dari sini kita kenal antara satu sama lain. Nak berjumpa dah tentu kena adakan satu majlis khas untuk itu dan belum tentu semua dapat hadir. Dulu pernah diadakan perjumpaan semua keturunan kami dan kami adakan di sebuah dewan di kampung saya. Memang meriah tapi semua tu berakhir camtu jek. At least bila dah ada PAGE khas untuk keturunan mungkin dapatlah dieratkan sillaturahim tu. Masyaallah kadang-kadang saya tak kenal mereka semua (langsung). Dan rasa sangat malu sebab nak panggil apa, perlu ke bersalam dan sebagainya.
Macam di belah mr hb pernah satu ketika saya tak tau nak salam atau tak. Sebab kalau diikutkan pangkat memang pangkat saudara sahaja. Tapi sebab mereka dah membesar sama-sama jadi dah macam adik beradik so mereka boleh bersalam sesama mereka. Sedangkan mereka bukan mahram. Sebab itulah perlunya dikaji dan dikenal pasti apa pertalian. Kalau sebagai bapa saudara boleh bersalam tapi sekadar sepupu memang HARAM hukumnya. Jadi nak selamat saya lebih suka senyum sahaja dan bersalam hanya dengan saudara perempuan sahaja.
Okay berbalik pada citer asal. Kalau ikutkan salahsilah memang pening. Orang dulu-dulu memang kahwin ramai. Huhuhu. Jadi kita kena kenal pasti kita cicit pada isteri yang mana. Memang bila dah abang dan kakak senaraikan barulah tahu. Itulah kebaikan Facebook yang saya nampak. Bukan digunakan dengan benda tak berfaedah. Bergaduh dan bertikam lidah tak tentu pasal. Sebenarnya apapun kita buat adalah untuk kebaikan. Nak salahkan FB 100% jika ada berlaku salah paham adalah tak wajar sebab kita punya akal pikiran yang waras. Even handphone pun jika kita tak pandai gunakan dengan cara yang betul bawa kemudaratan pada diri sendiri kan?!!!
Okay sampai masa untuk saya masak. :)
Jumpa lagi di lain citer hehehehehehe...
Have a nice day !!
2 comments:
Kita pulak cam malas dah nak masuk fb, kalau masuk pun baca orang punya status dan komen bila perlu je..ada sebab kenapa kita makin jauh hati dengan fb..huhu
oh ada masalah ke? biasalah kan mnusia :)
Post a Comment