Touch me!!!!??

14 January, 2012

Apakah tujuan kita tuntut ilmu?

Assalamualaikum,


Dalam hidup kita kalau diikutkan kena selalu tuntut ilmu. Tak kira di mana pun kita berada kita diwajibkan tuntut ilmu. Actually tuntut ilmu nie bukan sekadar di sekolah tapi dari bacaan, pendengaran dan pergaulan itu adalah ilmu. Yang baik kita ikut dan ilmu yang tak baik kita jadikan tauladan. Jangan buat kerana akan merosakkan jiwa jika kita ikut. Di tempat kerja juga kita sebenarnya menuntut ilmu. Setiap apa kita buat especially sesuatu yang baru adalah ilmu untuk kita.


Semalam saya buka twitter tiba-tiba terbaca fazura memberitahu dia sedang melihat rancangan "TANYALAH USTAZAH" di TV9 tapi bila saya buka tv rancangan AL-HIDAYAH yang saya nampak (TV3) jadi saya lebih tertarik dengan TAJUK yang dibincangkan dalam rancangan itu. Tentang menuntut ilmu. Orang yang menuntut ilmu terbahagi kepada 4 golongan :


1) Golongan fizikal


2) Golongan emosi


3) Golongan intelektual


4) Golongan spirititual


Golongan pertama (Fizikal) adalah golongan yang menuntut ilmu sekadar nak lulus periksa dan tak de jiwa lain.


Golongan kedua (EMOSI) adalah mereka yang menuntut ilmu kerana gurunya @ ustaz yang mengajar itu kelakar (mungkin), mungkin guru yang mengajar itu sangat pandai mengambil hati dan menyenangkan. Dia hanya ingin emosi dia terisi tapi bukan dalamannya secara ikhlas.


Golongan ketiga (INTERLEKTUAL) adalah mereka yang suka menuntut ilmu kerana ingin menambah ilmu di dada. Selagi ada selagi tu dia tambah untuk pangkat atau duit (barangkali)


Golongan keempat (spiritual) adalah mereka yang tuntut ilmu untuk minda dan dalaman mereka. Niat kerana Allah SWT. Digunakan untuk dalaman mereka dan suka berkongsi dengan keluarga dan rakan-rakan dengan ilmu yang dipelajari.


Apa yang pasti antara 4 golongan itu 3 golongan teratas adalah golongan yang pentingkan diri sendiri. Golongan tersebut sentiasa INGINkan ilmu tapi kedekut nak berkongsi ilmu.


Sebab apa? Kerana golongan ke 4 itu (spiritual) dia langsung tak kisah kalau ustaz atau guru itu seorang yang membosankan, seorang yang garang dan sebagainya kerana apa yang diingini adalah ILMUnya bukan fizikalnya. 


Sesungguhnya di manakah kelas kita dalam menuntut ilmu? Kita kena ubah niat kita. Tak kira apapun kita belajar sekarang nie. Tuntut ilmu agama tiada penghujungnya. Begitu juga ilmu dunia. Jika niat kita KERANA ALLAH maka selamatlah kita. Jika niat kita semata-mata untuk kepentingan DUNIA, perlulah kita buat sesuatu. Apapun kita buat niatlah dengan ikhlas kerana Allah. Kerana DIALAH yang menggerakkan  hati kita dalam berbuat sesuatu.


Subhanallah..Masyaallah...bersamalah kita mengubah niat kita setiap hari :) Wallahualam!! 

2 comments:

Kakzakie said...

Untuk menjadi sperti yg no. 4 itulah yg sukar dijumpa Dee...

Papa Mifz said...

ilmu untuk survival hidup didunia nih dan bekalan di akhirat kelak...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails