Touch me!!!!??

29 November 2011

Binatang peliharaan...

Salam..


Saya baru balik dari kampung 2 hari lepas. Memang  Selama 4 hari kat kampung dah macam-macam syahmi dan sarah dapat. Naik risau dibuatnya bila atuk manjakan lebih kadang-kadang. Marah tu marah gak pada cucu yang suka buat bising tapi marah-marah sayang. Dah tu apa cucu nak dikasi. Risau memang. Yang paling risau bila panggilan kita pun dah tak disahut sebab jap-jap lari g dewan main badminton..jap-jap lari main basikal ke taman permainan yang berdekatan. Marah saya pun dia tak  hirau sangat dah sebab rasa macam tak de makna le sangat marah ibu sebab atuk / tok wan sure backing baik punya. Alahaiiii..risau tul. Tapi tak pe dimaafkan. 


Actually saya nak cerita tentang binatang yang tiba-tiba je wujud kat belakang rumah (kampung) saya tu. Sejak banyak hutan dan kebun diteroka untuk dijadikan sekolah memang binatang-binatang liar nie tak de tempat tinggal gaknya. Jadinya kebun-kebun belakang rumah le jadi tempat tinggalnya. Sejak 2 menjak ni memang mak saya dah terlihat kelibat babi hutan. Mula-mula sekor.  Pastu 2 ekor. Makin kerap nie berekor-ekor. Dah beranak pinak. Selalu saya mendengar jek sejak sekian lama. Tapi balik ke sana baru-baru nie memang saya nampak dia huhuhu. Mak saya terjerit panggil saya dari tingkap dapur. Dia tunjuk dan tiba-tiba saya naik seriau hahahaha geli dan macam-macam le sampai nak ke belakang sidai kain pun takut :p Actually pada saya bahaya gak esp kalau yang besar le kan sebab dibuatnya dia menganas ke hapa. Kata mak saya dah ada gak yang mengadu tapi belum diambil apa-apa tindakan lagi. Saya risau bila banyak yang terbaca tentang kes seseorang yang parah disondol babi hutan. :( Minta dijauhkan Ya Allah!!


That day masa atuk sedare saya datang makan tengahari di rumah. Sempat le bercerita tentang binatang peliharaan tu (kami gelar binatang peliharaan le kan hehehehe) Actually atuk sedare saya (yang kami panggil tok usu) ni memang kelakar sikit orangnya. Jenis cakap main lepas jek. Bila mak saya bercerita tentang babi hutan belakang rumah dia mencelah. "Emmm babi hutan ek. Sama jek ngan belakang rumah aku. Jadinya tak payah le nak jeles sesama kita. Ko ada aku ada, sama-sama le kita membela." Hahahahahahahahahaha memang atuk sedare saya ni jenis cakap main cakap jek. Kalau orang lain dengar memang rasa pelik le kan. Tapi actually dia bergurau. Pernah satu kes dia call anak dia tapi tersilap nombor (dulu kan pakai telefon rumah kadang-kadang silap dial) Bila yang di sana cakap salah nombor..atuk sedare saya replied "Dah tau aku salah nombor napa ko angkat?" Tak sakit ke kepala otak orang yang angkat phone tu? Orang tak kenal memang le cakap dia gila hahahaahaha.


Okay berbalik pada citer asal. Atuk sedare saya ni cerita dulu waktu baru-baru wujud babi hutan di belakang rumah dia. Dia marah sangat bila babi hutan tu kacau pokok pisang dia. Mula-mula binatang tu sekadar sengetkan sikit pokok pisang dia. Then atuk sedare saya marah tul dan cakap "Dari ko sengetkan pokok pisang aku ni baru ko abiskan semua pokok-pokok tu." 
Dan esoknya dia tengok memang abis semua pokok pisang dia kena sondol hahahahahaha. 


Macam-macam ragam cerita saya dengar tentang binatang peliharaan terpaksa nie. Actually kalau nak cerita memang macam-macam le ada kat kampung kan. Macam-macam jenis haiwan liar sebenarnya. Dulu dengar cerita ada orang ternampak buaya le (depan rumah saya sungai) tapi kadang-kadang orang je yang suka tokok tambah nak kasi perisa kat cerita asal tu kan. Tah-tah yang dinampak sekadar biawak tapi nak menakutkan cakap nampak buaya. Emmm memang tabiat manusia suka tokok tambah :)


Selamat hari selasa. Today keje kan...selamat bekerja :)

8 comments:

missbby said...

ala awak kita duduk taman ni lagi lah ada gak binatang peliharaan ni..betul, silalah percaya..:) dah biasa sangat nampakk..tapi dia keluar malam2..

rasp said...

ada satu tempat dekat gak ler dgn area umah i...
dulu2 monyet je yg banyak...
skrang nie tunggu ler jam 6 gitu...
confirm dtg sekeluarga b**i hutan nie...
dah tu, kaum ca ya nun alif nie dah tau...
uisshh tiap2 petang dorang datang bagi makan...ntah apa2...
dah mcm pesta lak isk isk isk...

~ yus ~ said...

kat taman saya ni pun ada nampak, sbb belah kiri dan belakang ada kawasan kelapa sawit. Memang sekali sekali nampak batang hidung binatang peliharaan ini...

Ila said...

tulah,hutan diteroka,kat mana lagi diaorang nak pergi yer...huhuhu..kitalah yg risau kan..

Info Berguna Ni : Nikmat Malam Pertama

Tutorial Mudah Untuk Tarik Pengunjung Blog : Tak nak Word Verification di Kotak Komen

fazrulnoor said...

salam

kpah k-poh said...

salam perkenalan

MommyCT said...

oink coocko doodle moo...teringat hi-5 punya lagu binatang ternakan hehe.

sisdee said...

to all : mmg binatang peliharaan tu dah tak de tmpt gaknya ek..sbb tu sana sini dia ada..nmpk sgt dah byk hutan ditebang huhuhu..

welcome to new friend kpah k-poh :) tq sudi singgah my blog :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails