Touch me!!!!??

15 September 2014

Anak-anak dan cucu2 zaman sekarang.

Assalamualaikum. .

Terima kasih tak terhingga buat semua yang masih terbaca post/blog saya. Tengok saya tulis ter sebab saya pun tau saya jarang update hahaha.

Waktu cuti sekolah ni memang kita ibu bapa kena beri perhatian dan kerah idea bak bagi anak tak bosan. Memang kadang2 saya pun tak larat nak pikir jadi...sukahati le buat apapun aktiviti bebas.

Yang bujang ada gitar. Syok le dia main dan yang si adik tukang nyanyi. Yang si adik kadang berangan dengan barbie. Tv? Saya izinkan tapi ada limit. Gadget? Saya tak berapa galakkan.

Maaf jika tulisan saya ini akan menyinggung hati setengah ibu bapa. Tapi saya tak kata benda tu tak bagus. Tapi saya tulis apa yang saya nampak depan mata.

Dulu anak2 kita riuh main tembak2. Kejar2. Sorok2. Berpeluh2 sampai kita terpaksa panggil dorang stop main. Jom makan.
Now? Anak2 kita?

Ayah : Mana abang?

Ibu : Kat bilik ngadap ipad. Biarlah dari bergaduh jek. Berlari main sana sini. Tadi abis pecah pasu saya tu.

Ayah : Kakaknya?

Ibu : Kat bilik gak. Dengan iphone le tu. Wassap kawan2.

Ayah : Adik?

Ibu : Saya bagi note saya kat dia. Dari asyik bertanya je. Ganggu saya nak tengok tv tadi. Biarlah dia tgk utube.

Dari perbualan ayah dan ibu pada saya, nampak dah hubungan tu macam renggang antara keluarga. Ada macam tak de jek family tu. Sebab masing2 sibuk dengan dunia masing2.

Contoh lain : Tiap kali cuti..kita sibuk nak balik kampung. Nak anak2 kenal tok nenek dorang. Tapi sekarang dah tak macam dulu. Kalau pun riuh rumah tok nenek, tapi riuh sebab dorang gaduh rebut ipad/tab/hp. Si kecik meraung tak dapt hp. Si ibu malas nak dengar anak bising hulur hp. Si atuk nenek nak bual dgn anak2, cucu2 pun tak sempat sebab bila kita pegang hp memang tumpuan tak de kat orang tua.
Patut kita buat undang2. Balik kg "No gadget" sebab kita nak habiskan masa dengan orang tua. Ni masing2 mmg wujud kat depan orang tua tapi bisu. Sibuk layan "harta dunia" sampai kadang terdengar keluhan orang tua. Dorang ni nama jek balik. Tapi mcm tak de. Masing2 sibuk dengan dunia masing2. Dulu sebelum ada tablet..ipad..smartphone, kita sibuk dengan laptop..desktop. Pun dah sunyi sepi rumah atuk tu. Sekarang dah makin canggih..silap2 atuk suruh makan pun pakai whatapps jek.

Itu le yang terpaksa kita telan. Saya langsung tak salahkan teknologi. Cuma..kerana teknologi ni kita terpaksa korbankan perhubungan. Sebab saya nampak..kerana kecanggihan teknologi dah buat semua orang malas. Malas bercakap. Ambil tahu hanya melalui fb @ whatapps.

Ada setengah cucu tak nak balik kampung kalau rumah atuk tu tak de wifi. Atau line internet susah kat kg. Maka kalau balik, jadi memberontak. Serba tak kena dan jadi bodoh sebab tak tau nak buat apa.

Teknologi tu tak salah. Tapi orang yang menggunakannya tu, berfikirlah.
Saya paling bosan jika jumpa orang/rakan yang 24hours dengan hp. Ajak kita minum tapi dia sibuk dengan hp. Rasa macam nak balik dan sound. "Baik kita berwassap jek dari aku jadi batu depan ko"

Sigh

9 September 2014

Sekadar luahan

Assalamualaikum
Lamanya saya tak menjengok blog saya. Memang tak ada pengunjung dah rasanya. Hari ni tiba2 rasa nak menulis. Nak meluahrasa. Sebab teramat rindu nak menceceh.

Saya waktu ni sedang berada di trimester ketiga. 30 minggu genap hari ni. Di usia senja membawa amanah Allah. Semoga Allah permudahkan kelahiran ketiga ni. Anak sulung saya aktif. Umur baru 27. Anak kedua usia 31. Dah terasa lainnya. Tapi still aktif. Tapi ketiga ni memang tak boleh nak lebih2. Peringkat awal saya bleeding. Tapi placenta semua ok. Akhirnya doktor nasihat untuk berehat. Jangan buat kerja berat. Jadinya memang berehat le saya.

Mabuk dan saya memang tak boleh nak dipisahkan. Ketiga2 anak memang mabuk tahap pengsan. Cuma yang ketiga saya dah boleh kawal sikit. Kalau dulu tak sempat ke toilet dah keluar kat situ jek. Tapi kali ni saya dah boleh agak bila perlu muntah hahaha.
Dan saya tak perlu admitted kat hospital sebab saya dah tau nak pilih makanan untuk elak muntah. Tak boleh minum air masak biasa saya ganti dengan makan atau minum jus buah-buahan segar. Dan paling best sebab saya tak bekerja. Tak de masalah MC. Kalau dulu MC manjang sampai kena jeling dengan opismate. Bukan bos tapi opismate hihihi. Biasalah manusia.

Tapi waktu trimester kedua sekitar awal bulan Ogos. Saya sempat ikut family ke Legoland. Ikut plan asal saya tak pergi tapi sebab ada tiket lebih. Mak ajak pergi. Saya takut saya bleeding bila banyak jalan. Sampai anak2 sedara suruh sewa wheelchair untuk saya. Melampau sungguh. Tapi memang le. Ada sikit bleeding. Namun tetap gak saya teruskan perjalanan di situ hingga settle semua games. Saya tak dapat le nak enjoy semua games. Tukang amik gambo jek. Untuk kenangan.

2 hari lepas tu..jumpa doc. Cek everything. Baby sihat. Berada di tempatnya. Last 2 weeks pun scan everything ok. Kepala dah berada di tempatnya. Tak sabar nak jumpa baby. Takut pun ada. Normalkannnn.

Gender?? Biarlah di hujung2 kelahiran tahu.

Now saya nak lalui detik2 baby tengah aktif dalam ni.
Dan yang pasti waktu ni. Memang lain dari sebelum ni. Saya gile teh o ais. Hari2 minta mr hb beli. Yg rumah buat tak sama ngan kedai. Dan tak semua kedai sama rasanya.

Awal2 trimester pertama saya gile kurma. Berkilo2 kurma saya makan. Abg saya le tukang belikan sebab belum musim cari kat kedai susah. Tapi masuk trimester kedua (bulan puasa) nk telan setengah biji pun susah.

Trimester kedua gile sunquick tanpa gula. Hari2 minum sunquick. Sampai ada takutkan saya dengan masalah jaundice nanti. Tapi lepas tu pandang sunquick pun tak boleh.

Yg sama dari awal ke akhir. Saya mmg suka air kelapa. Masa awal trimester dpt minum. Lepas tu member mr hb cakap tak elok air kelapa untuk orang pregnant awal2 tu. Mr hb terus banned. Trimester kedua pun tak kasi minum. Tapi trimester ketiga saya tuntut janji.

Yang paling sweet pregnant kali ni. Bila banyak surprised. Saya teringin pulut dan kuah durian. Tiba2 my sil datang bawalkan bekal dari kg. Mak dan k long bekalkan pulut dan kuah durian. Adehhh makan sambil menangis dalam hati. Sedih. Sayu.

Bulan puasa. Minggu tu saya teringin sangat nasi lemak jiran. Sebab masa pregnant Sarah dulu memang pernah ngidam ini. Tup2 satu petang tu jiran call suruh syahmi datang rumah. Balik tengok. Allahuakhbar!!! Nasi lemak yang dia beri. Rezeki baby!!

Saya pernah bagitau mr hb teringin buah berangan. Tapi sebab masalah kesihatan dia gak. Saya tak cakap sungguh2. Tak sampai hati nak suruh dia ke kedai cari. Tup2 my best friend dari Penang pos untuk saya buah berangan.

Saya beruntung Allah kurniakan mereka yang baik di sekeliling saya. Semoga Allah rahmati mereka.

6 August 2013

Menjelang Syawal

Assalamualaikum
28 Ramadan 1434H. Buat masa ni saya sayu sangat bila teringat, saya belum bersahur dengan family di kampung. Awal puasa hari tu sempat berbuka dengan family. Kenapa? Sedangkan saya tidak berkerja? Tapi saya memegang title isteri yang ada tanggungjawab pada suami. Tak nak juga biarkan suami bersahur/berbuka sorang2. Tapi tuntutan kerja yang membabitkan janji dengan orang memang buat kita serba salah. Janji dengan orang juga wajib kita tunaikan.
Sayu. Memang sayu. Tapi saya pujuk hati last year saya sering ulang alik berbuka dan bersahur dengan family waktu arwah bak sakit. Nikmat itu masih terasa sampai sekarang. Kehilangan besar buat saya dan family. Sering mengundang airmata jika teringat.
Sekarang, yang amat saya harapkan adalah, jika saya boleh hentikan masa, saya nak Allah lanjutkan Ramadan ini untuk saya pulang ke kampung ziarah mak dan paling saya nak buat adalah ziarah pusara arwah bak. Walau ada kata, lebih afdal sedekah fatihah insyaallah sampai. Yea saya buat. Tak pernah lupa tapi saya nak didik diri saya dan anak-anak. Ingat suatu hari kita akan berada di situ. Bagaimana besar pangkat dan gaji kita. Bagaimana besar pun ego kita. Betapa jahatnya kita pun. Jika lihat pusara pasti ada gerun di hati. Saya pernah terdengar seorang alim berkata. Jika ingin keinsafan, berubah. 2 tempat ini perlu kita kunjungi. Masjid dan kubur. Tempat paling menginsafkan.

Kampung saya memang tak jauh. Suami pun tak kisah jika saya nak pulang dengan anak-anak tapi saya pun tak nak biar mr hb berbuka sorang-sorang. Sayu.
Buat anak-anak yang belum berumahtangga,yang akan dan yang sedang menuju ke arah itu. Waktu bujang inilah kita luangkan masa sepenuhnya untuk orang tua kita. Dah ada komitment lain sukar. Memang sukar. Ohh jangan ada salah anggap. Sebelah mr hb juga saya tujukan ini. Sebab saya pun tak sempat bersahur dengan mereka. Berbuka dengan adik beradik mr hb pun tak dapat lagi. Hanya sempat berbuka dengan kedua ibu dan ayah mertua saja. Memang kekangan kerja mr hb berat akhir-akhir ni. Saya redha.
Akhir kata, saya pasti akan terus rindu dengan semua kenangan silam. Yang baik jadikan kenangan. Yang buruk jadikan sempadan. Asam garam hidup.
Selamat menyambut aidilfitri. Ampun dan maaf sebab senyap dari dunia blogger.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails